Peluang terbuka menjadi usahawan tuala wanita

" Kita semua dilahirkan dengan keadaan yang sama, maka dengan itulah sebenarnya peluang untuk berjaya atau tidak adalah sama, tidak kira miskin atau kaya, berpelajaran atau tidak, apa yang penting adakah kita sanggup berubah untuk mencapai apa yang kita idamkan dengan bersungguh sungguh......"
Oleh itu, peluang untuk berjaya di tangan kita semua. Hubungi Nana 019 3401539 , Yaya 019 2625354 atau Liza 013 6073933 untuk langkah seterusnya. Atau hubungi Fikri 012 9711797 untuk terus memulakan pernigaan anda.

Thursday, August 19, 2010

Masalah anda , kami bantu.

Kulit berbiji, rasa digigit nyamuk

Soalan:
Saya mempunyai masalah gatal-gatal di bahagian sulit. Ia kelihatan berbiji dan apabila disentuh ia amat gatal seperti digigit nyamuk. Apakah penyakit ini berbahaya dan bagaimana untuk menyembuhkan?

Julia

Jawapan:
Pada pandangan saya, masalah Julia ialah alahan yang mungkin berpunca daripada alahan kepada bahan plastik atau kimia yang terkandung dalam tuala wanita. Alahan ini menyebabkan ekzema iaitu inflamasi pada kulit seperti di bahagian sulit. Peluh dan panas menyebabkan ekzema ini lebih serius. Jika Julia alah kepada tuala wanita, cuba cari tuala wanita jenama lain yang sesuai.

Elakkan pakaian dalam yang diperbuat daripada poliester atau plastik. Cuba gunakan pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas tulen kerana kapas boleh menyerap peluh dengan cepat. Kerap tukar pakaian dalam dua hingga tiga kali sehari, boleh mengurangkan kegatalan dan mengelakkan Julia daripada menggaru sampai melecet.

Saya cadangkan Julia berjumpa doktor ginekologi untuk pemeriksaan di bahagian sulit. Ubatan seperti krim steroid dan ubat antialahan untuk beberapa hari boleh membantu masalah ini. Kombinasi ubat-ubatan ini dapat memulihkan atau mengurangkan masalah ekzema ini. Di samping itu, jika Julia mempunyai masalah keputihan yang banyak atau terlampau gatal, rawatan sepatutnya boleh diberikan. Keputihan yang banyak boleh menyebabkan kegatalan.

Bagi mencuci bahagian sulit gunakan ubat pencuci yang pHnya sama seperti pH kulit kita. Ada beberapa jenama yang selalu kami cadangkan seperti Sebamed dan Lactasyd. Pencuci jenama lain dikhuatiri tidak sesuai.

Disebabkan Julia menggaru, jangkitan kuman boleh terjadi pada folikel rambut di bahagian sulit. Ia membentuk seperti jerawat. Infeksi folikel rambut ini menyebabkan kesakitan dan kegatalan. Ia tidak bahaya kecuali jika infeksi menjadi nanah. Rawatannya hanya dengan krim atau ubat antibiotik.

Oleh itu saya cadangkan Julia berjumpa doktor bagi mengesahkan dan menentukan rawatan yang sesuai.

(Jawapan disediakan oleh Dr Suhaimi Isa (Pakar Rundingan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai, Ampang.)

Ulasan Saya :

Oleh yang demikian, gunakanlah Tuala Wanita Herba Avail Beauty yang diperbuat daripada 100% kapas.


 


 

Jerawat di bahagian sulit

Sebarang ketumbuhan memyebabkan tidak selesa perlu pemeriksaan lanjut


Soalan:
Saya berhadapan masalah gatal pada bahagian sulit. Mungkin kerana alahan tuala wanita. Saya pernah menggunakan pembersih wanita tetapi rasa gatal itu tidak hilang. Bahagian gatal itu juga melecet dan saya sapu losyen. Ketika itu saya perasan ada jerawat di bahagian sulit, bukan pada bibir faraj tetapi di bahagian dalam. Apakah masalah ini?

JULIA

Jawapan:
Agak sukar saya hendak menjawab soalan puan sekiranya tidak dapat membuat pemeriksaan. Namun, berikut adalah andaian saya daripada apa yang saya dapat gambarkan dari cerita puan.

Sekiranya ketumbuhan ini sudah berada di kedua-dua bibir faraj selama empat tahun dan saya percaya ia tidak membesar dan tidak juga memberi apa-apa masalah seperti kesakitan, perdarahan maka ia adalah satu ketumbuhan yang bukan memudaratkan seperti kanser atau barah.

Segelintir wanita mempunyai bibir faraj yang besar dan panjang sehingga merupai ketumbuhan di bibir. Ketumbuhan seperti ini terjadi di bibir atau libia minora yang paling hampir dengan lubang faraj. Jika ia terlalu berlebihan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan kerana ia boleh bergesel dengan pakaian dalaman. Bibir-bibir yang berlebihan boleh di kecilkan seperti kebiasaan wanita lain dengan membuat pembedahan kecil ke atasnya. Dari segi hubungan seksual saya rasa ia tidak mengganggu bila puan berkahwin nanti.

Kadangkala di bibir faraj ini terbentuk satu ketumbuhan yang kecil pada asalnya dan kemudian membesar. Selalunya ia terjadi pada salah satu bibir ini dan bukannya pada kedua-dua belah. Ini kami panggil 'skin tag.' Keadaan ini disebabkan sebahagian kulit bibir faraj terlebih tumbuh sehingga menyebabkan satu ketumbuhan kecil berlaku. 'Skin tag' ini tidak memberikan apa-apa masalah dan bukannya kanser.

Ketuat kelamin atau 'genital wart' kebiasaannya tumbuh di merata tempat di bahagian sulit termasuklah di dubur. Ia selalunya bukan dua tetapi banyak. Ketumbuhannya kecil bersaiz beberapa milimeter dan berbentuk seperti 'bunga' pada permukaannya. Dalam masa empat tahun, jika benar ia ketuat kelamin, ia akan tumbuh dengan banyaknya.

Ketuat kelamin ini berpunca daripada virus yang dikenali sebagai 'Humanpapilloma Virus' (HPV). Ada lebih 100 jenis HPV dan HPV 6 dan 11 menyebabkan ketuat kelamin. Sementara itu, HPV 16 dan 18 adalah punca kanser servik atau pangkal rahim. Puan boleh dijangkiti virus ini majoritinya, melalui hubungan seksual. Oleh itu saya syorkan puan berjumpalah dengan doktor pakar perbidanan dan sakit puan atau ginekologi untuk kepastian dan rawatan.

Keputihan adalah masalah biasa bagi wanita. Keputihan dengan sekali sekala kekuningan dan tidak gatal, adalah biasa atau normal. Keputihan ini banyak, biasanya seminggu sebelum haid. Ini disebabkan hormon kesuburan yang tengah memuncak. Selain dari itu berjumpalah doktor rawatan dan pengambilan contoh keputihan bagi tujuan makmal untuk mencari puncanya. Keputihan tiada kaitan langsung dengan ketumbuhan di bibir faraj.

Apa yang puan alami masalah keputihan dan ketumbuhan di faraj tidak sama sekali menghalang kebahagiaan puan bila berkahwin dan tidak juga menghalang puan dari mendapat zuriat. Saya sarankan kepada puan supaya berjumpa dengan doktor pakar untuk rawatan sebenar.

(Jawapan disediakan oleh Dr Suhaimi Isa (Pakar Rundingan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai, Ampang.)

Ulasan Saya :

Oleh yang demikian, gunakanlah Tuala Wanita Herba Avail Beauty yang diperbuat daripada 100% kapas.

Sila hubungi 019 3401539 atau 013 6073933 untuk keterangan lanjut atau layari www.availbeauty.com.

No comments:

Post a Comment

Pesanan Anda

Nama:
No Kad Pengenalan :
No Telefon :
Alamat Rumah :
Apakah Pesanan Anda

SEMUA BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT DIATAS NAMA AZIZAN BIN ABU BAKAR , AKAUN MAYBANK 5-64342003302.

Email Address:

This online form was provided by Freedback.

Pilihan Anda Bukan Orang Lain

Pilihan Anda Bukan Orang Lain